PENGETUA
PN SOLEHAH BINTI AWANG
BIDANG TUGAS PENGETUA
-
Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta
memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
-
Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
-
Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar
SENARAI TUGAS PENGETUA
Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas
-
Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.
-
Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
-
Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
-
Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
-
Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan
dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan
dan tindakan susulan.
-
Menyelia dan mencerap proses P& P.
-
Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar,Buku
Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa
ke masa.
-
Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
-
Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
-
Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
-
Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
Pembangunan Diri Pelajar
-
Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
-
Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
Pengurusan dan Pembangunan
-
Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
-
Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
-
Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada
pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
-
Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
-
Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
-
Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
-
Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
-
Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
-
Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
-
Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
Pengurusan Personal
-
Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam
jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta
sokongan dilaksanakan.
-
Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
-
Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
-
Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di bawah bidang kuasa
-
Menjaga kebajikan pegawai.
Kewangan
-
Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
-
Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf
sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan
SUWA,KERAJAAN.
-
Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan
dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
•Mengawal stok dan harta benda sekolah.
Kemudahan Fizikal
-
Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik.
-
Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
-
Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
-
Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
-
Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pembangunan Organisasi dan Diri
-
Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
-
Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu
serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
-
Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian,data dan seliaan
serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan
“Learning Experiences” pelajar.
-
Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
-
Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Pembangunan Kendiri
-
Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
-
Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).
-
Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
-
Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
-
Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
-
Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
-
Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.
-
Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.
No comments:
Post a Comment