mashoor girls almashoor
Translate
Tuesday, 16 April 2013
Latihan kawad kaki KBPM,KRS dan PBSM
Pada minggu lepas dan minggu ini, KBPM,PBSM dan KRS mengadakan latihan kawad kaki bertujuan sebagai persediaan untuk Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah bagi tahun 2013.InsyaAllah doakanlah kejayaan kami semua di peringkat daerah,negeri serta kebangsaan.
Pertandingan MTQ..
Pada 10 April 2013, telah diadakan pertandingan MTQ dan sekolah SMKA (P) ALMASHOOR telah menyertai pertandingan tersebut. Beberapa kategori telah dipertandingkan. SMKA (P) ALMASHOOR berjaya meraih johan dalam beberapa kategori. Sekolah ini juga berjaya meraih naib johan,tempat ketiga dan saguhati dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Sememangnya SMKA (P) ALMASHOOR terkenal dengan penyertaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.Para pelajarnya yang aktif dalam bidang sukan, keagamaan, pendidikan dan kokurikulum membolehkan nama dan mutu sekolah SMKA (P) ALMASHOOR terkenal tidak kira di peringkat daerah mahupun negeri serta kebangsaan.
Tuesday, 2 April 2013
SMKA(P) ALMASHOOR

SMKA(P) AL-MASHOOR merupakan sekolah yang
berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, ditubuhkan pada 1916
oleh segelintir ulama dan pejuang kemerdekaan dan agama Islam suatu
ketika dahulu. Al-Mashoor merupakan nama tokoh ulama keturunan Yaman
Habib al-Mashoor bersama-sama Syeikh Syed al-Hadi yang berusaha
memperkembangkan ilmu-ilmu agama di kalangan anak-anak penduduk Pulau
Pinang awal 1920-an. Tahun 1984, Kementerian telah mengambil alih
pentadbiran dan pengurusan sekolah demi memantapkan sistem sekolah serta
memperkembangkan sistem Pendidikan Agama ke arah yang lebih Dinamik dan
Pro-aktif. Moga-moga matlamat sekolah iaitu 'KE ARAH KECEMERLANGAN ILMU
DAN KESEMPURNAA AKHLAK' menjadi kenyataan yang berkekalan.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Agama
(P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di
Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan
agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah
diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha
gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah
agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen
(Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman
Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah
ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah
berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama
Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor,
seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
Pada tahun 1920,
Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah
adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah
berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada
setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah
ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945
setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan
dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk
pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM
Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan
mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
Sebuah jawatankuasa
binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan
sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan
sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan.
Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al
Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru
di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan
mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan
baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat
menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti
bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al
Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para
pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah
bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di
Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.
Lencana sekolah menitikberatkan tema “Beriman Dan Berilmu”.
Simbol-simbol yang terkandung dalam lencana ini adalah berdasarkan tema
ini. 1. Simbol buku : mempunyai isi pengetahuan yang diperlukan untuk
mencapai kejayaan. Jika kita berusaha belajar, kita akan memperolehi
kejayaan. 2. Simbol obor : cahaya yang menggambarkan masa depan yang
cerahJuga menunjukkan kegigihan pelajar menghadapi cabaran. 3. Pohon
padi : semakin besar, semakin berisi dan berguna Yakni semakin banyak
pengetahuan yang diperolehi, semakin cerah masa depan. Kejayaan masa
depan kita semua adalah seperti proses pertumbuhan padi yang bermula
dengan proses menyemai benih padi hinggalah kepada proses menghasilkan
beras. Bermakna kita mesti tekun menghadapi rintangan dengan hati yang
tabah jika kita ingin mencapai kejayaan. 4. Bulan sabit & bintang :
lambang agama Islam 5. 1916 : tahun sekolah ini mula ditubuhkan sebagai
sekolah agama. 6. Warna : Kuning – Warna DiRaja; lambang kemuliaan Merah
– bersemangat waja Putih – motif niat yang suci Hijau – warna
keislaman.]
VISI SEKOLAH
SMKA(P) AlMashoor menjadi sekolah gemilang di Pulau Pinang menjelang tahun 2015.
MISI
Memberi pendidikan
berkualiti kepada pelajar-pelajar SMKA(P) AlMashoor berteraskan
pengurusan yang telus demi melahirkan insan gemilang dalam akademik,
sahsiah dan ko-kurikulum dengan komitmen komuniti bagi memenuhi aspirasi
negara.
MOTO
Beriman, Berilmu & Beramal
SLOGAN
Ke arah kecemerlangan ilmu dan kesempurnaan akhlak

Barisan Pentadbir Sekolah: Berdiri dari
kiri: Ustaz Adnan Yaakob ( GK Kemanusiaan) , Ustazah Zainuryati Zakaria
(GK Pendidikan Islam), Puan Norenjah Bt Abd Rahman (GK Vokasional
Teknik), En. Mohamed Mohainuddin Md Haniffa (GK Bahasa)
Duduk dari kiri: Puan Mazanah Yusoff (PK KOKurikulum), Cik Khairana Zain (PK Pentadbiran), Puan Solehah Bt Awang (Pengetua),
Puan Che Maznah Jaafar (PK HEM), Puan Maizatul Aniza Abd Mulok (PK Tingkatan Enam)

Perkara
|
Unit
|
Lokasi |
Medan Lim Cheng Teik 10250 Jalan Burmah Pulau Pinang .
|
Luas |
0.75 hektar
|
Bilangan kelas
|
20
|
Bil. Pelajar:
|
530 (2012)
|
Bil Staff (Guru)
|
49 orang
|
Bil. Staff sokongan
|
11 orang
|
Bil. Blok Bangunan
|
3 blok
|
Bil. Bilik Darjah
|
20 buah
|
Bil Bengkel KH
|
2 bilik
|
Bil. Makmal Sains
|
4 bilik
|
Perpustakaan
|
1 bilik
|
Unit Media
|
1 unit
|
Makmal ICT
|
2 bilik
|
Bilik Literasi
|
1 bilik
|
Bilik Unit Peperiksaan
|
1 buah
|
Bilik Buku Teks
|
1 buah
|
Kantin
|
1 buah
|
Dewan
|
1 buah
|
Surau
|
1 buah
|
Gelanggang
|
1 buah
|
Koperasi
|
1 unit
|
Asrama
|
2 blok
|
PENCAPAIAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM
PENCAPAIAN SEKOLAH


Aida Naquiah: Pelajar Terbaik SPM 2008

Dinah Hanani Bt Jamal dalam siaran Selamat Pagi Malaysia. Pelajar Terbaik PMR Kebangsaan kategori 9A.
Tuesday, 5 March 2013
LAMAN UTAMA
Tuesday, 26 February 2013
PENGETUA
BIDANG TUGAS PENGETUA
-
Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
-
Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
-
Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar
SENARAI TUGAS PENGETUA
Pengurus Kurikulum —Kerja Ikhtisas
-
Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kementerian Pendidikan.
-
Menentukan sasaran sekolab, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
-
Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran rnengjkut peruntukan waktu yang ditetapkan.
-
Menentukan kualiti dan kuantiti kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
-
Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis peperiksaan digunakan untuk erancangan dan tindakan susulan.
-
Menyelia dan mencerap proses P& P.
-
Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar,Buku Profil, Buku Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke masa.
-
Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
-
Menentukan keberkesanan pengguna PSS.
-
Memastikan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
-
Memastikan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
Pembangunan Diri Pelajar
-
Mernastikan pelaksanaan program pembangunan diri pelajar, Kemahiran Mengurus Diri, Kemahiran Belajar dan Motivasi.
-
Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.
Pengurusan dan Pembangunan
-
Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
-
Menyemak Buku Jadual Kedatangan Pelajar.
-
Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar dijalankan dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
-
Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
-
Memastikan polisi peperiksaan awarn dilaksanakan mengikut peraturan.
-
Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
-
Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
-
Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
-
Mengambil langkah-Iangkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di sekolah.
-
Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
Pengurusan Personal
-
Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta sokongan dilaksanakan.
-
Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
-
Menentukan tugasan dan bidang kerja serta menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.
-
Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawal yang melanggar Arahan Perkbidmatan di bawah bidang kuasa
-
Menjaga kebajikan pegawai.
Kewangan
-
Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
-
Mengawal dan menynmak pembenan perkapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan
SUWA,KERAJAAN.
-
Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya. •Mengawal stok dan harta benda sekolah.
Kemudahan Fizikal
-
Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran dalam keadaan baik.
-
Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
-
Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
-
Memastikan perabot sentiasa berada di dalam keadaan baik.
-
Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.
Pembangunan Organisasi dan Diri
-
Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
-
Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
-
Mengawal “Experiences” berdasarkan pemerhatian,data dan seliaan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan “Learning Experiences” pelajar.
-
Merancangkan kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
-
Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Pembangunan Kendiri
-
Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
-
Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan seko1ah (R&D).
-
Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang iktisas dan pengurusan.
-
Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
-
Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
-
Menjadi penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
-
Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi Iuar.
-
Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan Profesion Keguruan.
Subscribe to:
Posts (Atom)